Wednesday 19 October 2011

Semangat Satu Malaysia



Lampiran 1


INSTRUMEN  PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI
BAHASA MALAYSIA TAHUN 1


KEMAHIRAN


Mendengar dan Bertutur

BAND

1

PERNYATAAN STANDARD


Mengetahui asas mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.


DESKRIPTOR


B1 DL1:         
Murid berupaya mengecam, mengajuk dan mengesan bunyi yang didengar.


EVIDENS


B1 DL1 E2:   
Menentukan arah bunyi yang didengar.


AKTIVITI PENTAKSIRAN


Bahan:
·         Kain penutup mata
·         Empat buah kerusi.

Langkah Pentaksiran:
  • Memilih empat orang murid untuk duduk di kerusi yang disediakan.
  • Arahkan murid yang hendak diuji berdiri di tengah iaitu tempat bertanda X seperti dalam gambar rajah 1.
  • Murid tersebut menutup mata dengan kain penutup mata.
  • Guru memberi isyarat kepada empat orang murid untuk bertepuk tangan secara bergilir-gilir.
·         Murid yang diuji menyatakan arah bunyi dengan isyarat tangan secara sopan berdasarkan arah bunyi yang didengari.


Lagu semangat untuk kawan - kawan yang sama - sama harungi dunia pjj...